8 Petua Dapatkan Tidur Lena dan Nyenyak Supaya Tak Jadi Zombie

8 Petua Dapatkan Tidur Lena dan Nyenyak Supaya Tak Jadi Zombie Sepanjang 24 jam Allah s.w.t sediakan untuk makhluknya di dunia, hampir lebih kurang 7 jam diperlukan manusia untuk tidur dan berehat setiap hari. Tapi kerana kesibukan dan kekangan masa, manusia sering kurang tidur dan secara tidak lansung mengundang masalah sukar tidur.  Terdapat 8 petua dapatkan tidur lena dan nyenyak yang akan saya kongsikan.

Terdapat beberapa faktor yang boleh kita ikuti untuk mendapat tidur yang lena dan berkualiti. Tetapi sebelum kita tengok dulu apakah faktor kita menjadi susah tidur waktu malam. Jadi dari sini kita akan dapat tahu cara untuk mendapat tidur yang lena dengan mengatasi masalah sukar tidur.

Tahukah anda?

8 Petua Dapatkan Tidur Lena dan Nyenyak Supaya Tak Jadi Zombie Faktor-faktor sukar tidur lena di waktu malam:

1. Stress 
Stress @ tekanan memang kita tak dapat untuk dielakkan jadi kita perlu tahu cara untuk mengurangkan stress seperti melakukan perkara yang kita gemari seperti membaca, melukis dan sebagainya agar kita merasa lebih tenang.

2. Terlalu banyak berfikir
Sekiranya kita terlalu banyak berfikir memang kita akan mengalami sukar tidur kerana ketika itu otak kita sedang berkerja keras. Jadi sekiranya hampir waktu tidur lebih baik kurangkan kerja dan berfikir agar dapat menperlahankan aktiviti berfikir kita. Lakukan hal-hal yang boleh menenangkan fikiran seperti berzikir sebelum tidur atau memikir permandangan yang indah dan tenang.

3. Keadaan persekitaran yang panas @ sejuk
Sekiranya kita sukar untuk tidur ketika waktu panas, kita boleh ikhtiar dengan memasang pendingin udara di dalam bilik tidur kita agar dapat tidur dengan selesa walaupun dalam cuaca luar yang panas.
Sekiranya sejuk @ ketika hujan gunalah selimut atau baju sejuk untuk panaskan sedikit badan kita yang kesejukan it.

4. Persekitaran yang bising
Bising juga merupakan salah satu faktor kita sukart tidur lena. Jadi apa yang perlu dibuat adalah elakkan dari memasang tv atau mendengar radio dengan kuat.

5. Keadaan terlalu letih
Sesetengah orang akan mengalami sukar tidur jika badan terlalu letih. Jadi apa yang boleh buat adalah membersihkan diri seperti mandi dahulu agar badan terasa lebih bersih dan segar. Jika badan bersih dan segar maka kita akan rasa lebih bertenang dan mudah untuk tidur.

6. Pengambilan kafien
Elakkan pengambilan kafein di waktu malam atau beberapa jam sebelum tidur. Pengambilan minuman berkafien akan membuat kita menjadi bertenaga dan sukar untuk tidur.

Secara tidak langsung kita lebih mudah untuk mencari jalan untuk mengatasi faktor-faktor sukar tidur.

Bagaimana Cara Untuk Mendapat Tidur Yang Berkualiti dan Nyenyak? Berikut merupakan beberapa cara yang boleh kita ikuti.

8 Petua Untuk Tidur Lena dan Nyenyak:

1 Kekalkan jadual waktu tidur.

Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

2 Perhatikan makan dan minum anda.

Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan mengganggu tidur anda.

3 Cipta ritual waktu tidur.

Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan menggunakan peralatan elektronik dalam ritual waktu tidur. Elakkan juga bermain ‘game’ di peralatan elektronik anda. Lebih baik dan afdhal sekiranya anda dapat berzikir dan beristighfar sebelum terlena atau mendengar alunan bacaan al-Quran.

4 Berada dalam keadaan selesa.

Hias bilik tidur dengan gaya yang sesuai untuk tidur seperti lampu tidur yang malap dan warna cat bilik yang menenangkan. Tilam dan bantal yang berkualiti amat penting. Pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan anda.

5 Had tidur waktu petang.

Tidur petang yang panjang boleh mengganggu waktu tidur yang sepatutnya terutama penghidap insomnia. Hadkan waktu tidur petang selama 10 hingga 30 minit sahaja dan hanya pada waktu rembang petang. Jangan diamalkan selalu tidur petang kerana akan menyebabkan kita menjadi lemah. Cuba untuk tidur seketika di waktu tengah hari. Sekiranya anda seorang Islam elok tidur seketika sebelum masuk waktu solat Zohor.

6 Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian anda.

Aktiviti fizikal secara berkala boleh membuatkan anda mendapat tidur yang berkualiti serta lebih cepat tidur. Namun, jangan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.

7 Pengurusan tekanan.

Tekanan terutamanya di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang susah untuk tidur kerana banyak berfikir. Belajar untuk menguruskan tekanan di sekeliling seperti menjadi seorang yang lebih teratur dalam hidup dengan membahagikan perkara yang penting dan kurang penting. Bersihkan diri setiap kali pulang dari kerja agar badan menjadi segar dan bersih.

8 Temui doktor.

Hampir semua orang kadang-kadang mengalami masalah untuk tidur tetapi jika ia terlalu kerap berlaku sehingga mengganggu kualiti hidup, ia mungkin tanda penyakit atau masalah-masalah lain. Sila dapatkan bantuan doktor dengan segera.

Artikel Penuh: Tidur berkualiti untuk kesihatan © Utusan Melayu (M) Bhd

Kita juga boleh mengambil makanan tambahan untuk membantu kita dalam memperolehi tidur yang lena. Makanan tambahan yang sesuai adalah ostematrix shaklee.

Bagaimana ostematrix ini membantu dalam mendapatkan tidur yang lena?

Kandungan dalam ostematrix dapat meringankan stress – ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf. Penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga membantu dalam masalah depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Anda boleh klik disini untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana ostematrix dapat membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti.

Jadi apa tunggu lagi, jom bertindak segera dengan menghubungi saya di 012 502 7002 untuk membantu dalam mengatasi masalah sukar tidur agar tidak mengundang masalah kesihatan lain yang lebih serius.

Jangan lupa untuk klik button SHARE di bawah untuk berkongsi petua ini dengan rakan-rakan kita diluar sana agar masalah mereka juga dapat diatasi. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge