Acid Folik untuk ibu mengandung

ACID FOLIK sangat penting kepada ibu mengandung/hamil

a.folic6
Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannyauntuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotin (komponen kimia dalam sistem saraf). Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA, yang akan memulihkan funsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalm pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesisi DNA dan RNA, ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga terlibat dalam metabolisma protin dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia.

a.folic5

Asid folik adalah sejenis bahan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak demi memastikan pertumbuhan yang sempurna dan amat penting bagi kanak-kanak untuk mendapatkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh tubh mereka. Sungguhpun begitu sumber makanan lain yang mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral, protien dan juga lemak adalah penting dalam memelihara pertumbuhan dan pembesaran badan yang seimbang. Hal ini kerana, makanan berbeza mempunyai jumlah nutrien yang berbesa. Tidak ada satupun makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien makanan yang diperlukan. Sekiranya sikecil tidak mendapat jumpalh asid folic seperti yang disyorkan mereka mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti keletihan, muka pucat dan kelesuan.

Asid folik sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengaturkan pembentukan sel saraf “embryonic” dan “fetal”. yang mana amat pentinguntuk tumbesaran yang normal. terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Ramai wanita yang tidak mengetahui yang pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Asid folik diperlukan untuk merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang semasa di peringkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama. Ini dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil :neural tube defect” (NTD). Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini diantara 50% hingga 70% kemungkinan daripada ianya terjadi. Terdapat dua bentuk utama NTD iaitu anencephaly dan spina bifida. Anencephaly ialah tiada sebahagian atau keseluruhan otak bayi manakala spina bifina pula adalah keadaan di mana terdapat bukaan pada tulang belakang yang mungkin boleh menyebabkan lumpuh.

a.folic1 a.folic3

Acid folik juga merupakan satu daripada beberapa nutrien yang diketaui mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida yang berlaku bagi 10 dalam setiap 10,000 orang bayi. wanita yang tidak mengambil asid folik secukupnya juga akan meningkatkan kemungkinan mengalami keguguran dan kelahiran yang menyebabkan kematian. Ibu yang telah menpunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggiuntuk mendapatkan anak yang seterusnya denag nkecacatan yang sama. Dalam kes seperti ini, doktor akan menpreskiripsikan dis asid folik yang lebih tingg bermula sebulan sebelum hamil. Jika boleh, dan diterukan sehingga tiga bulan pertama kehamilan. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kempen-kempen giat dijalankan untuk memberi kesedaran kepada wanita tentang kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. keperluan asid folic boleh didapati samada denganĀ  memakan makanan yang diperkayakan denagn asid folik atau denagn pengambilan pil asid folik. Kemungkinan besar asid folik juga boleh mengurangkan lain-lain kecacatan atau masalaj bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang( limb reduction)., kecacatan sistem pembuangan air kencing dan anemia.

a.folic2

Badan Kesihatan Dunia – World Health Organisation (WHO) mencadangkan bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut:

Kanak-kanak berusia 1-3 tahun : 160ug/sehari
Kanak-kanak berusia 4-6 tahun : 200ug/sehari
Kanak-kanak berusia 7-9 tahun : 300ug/sehari
Ibu mengandung: 600ug/sehariIbu menyusu: 500ug/sehari

Asid folik banyak ditemui di dalam sumber sayur-sayuran hijau dan turut terdapat di dalam susu dan sumber tenusu. makanan berikut mengadungi asid folik:

Barli
Daging lembu
Ragi yang ditapai
Beras perang
Keju
Ayam
Buah kurma
Sayuran berdaun hijau
Daging kambing
Hati
Susu
Cendawan
Oren
Sayuran berubi
Ikan salmon, tuna
Gandum dan bijirin.

Asid folik dalam makanan akan dimusnahakan jika ia terlebih masak kerana ianya mudah larut dalam air, jadi dinasihatkan memasak dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima serta pendekkan masa memasak. Anda juga digalakkan untuk mencuba makan sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

Jadi kepada ibu-ibu yang mengandung diluar sana, pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat serta mengambil vitamin yang mencukupi sepanjang kehamilan anda.

Sebarang pertanyaan mengenai vitamin yang sesuai untuk ibu mengadung boleh hubungi saya 012 502 7002

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge