Cara Atasi Stress Semasa Mengandung

Alam kehamilan merupakan alam yang sunnguh indah. Tetapi akibat perubahan hormon dan tubuh badan membuatkan sesetengah ibu mengalami tekanan/stress. Terdapat beberapa cara atasi stress semasa mengandung yang ibu-ibu boleh ikuti.

Cara Atasi Stress Semasa Mengandung
Antara cara atasi stress semasa mengandung adalah seperti berikut:

1. Pilih makanan yang digemari.
Ibu-ibu boleh makan makanan yang digemari asalkan makanan itu tidak merbahaya kepada ibu dan juga kandungan. Memakan makanan yang digemari akan membuatkan ibu hamil lebih bersemangat dan gembira lalu dapat mengurangkan tekanan.

2. Mandi air suam @ berendam di dalam air suam.
Ibu hamil boleh mencuba mandi air suam atau berendam di dalam air suam yang dititis dengan pati haruman aromatherapi atau pun dengan beberapa hirisan lemon yang segar. Kaedah ini amat membantu dalam melegakan tekanan.

3. Melakukan senaman yang bersesuaian ketika hamil.
Melakukan senaman berkala merupakan tabiat yang sihat ketika hamil. Senaman yang sesuai untuk ibu hamil adalah seperti senaman regangan untuk memastikan kelenturan tubuh dan memperbaiki posture badan. Terdapat beberapa faedah yang ibu bakal dapati jika melakukan senaman regangan seperti:
– memberi kualiti tidur yang baik
– melegakan stress
– menambah oksigen dalam badan
– membantu pembukaan tulang pelvis untuk bersalin kelak

4. Lakukan hobi @ aktiviti yang digemari
Hobi merupakan salah satu cara yang dapat mengatasi stress. Ia merupakan terapi yang baik untuk minda yang sihat.

5. Sentiasa bermunajat kepada Allah S.W.T
Ini adalah cara pengendalian stress yang terbaik serta dapat membersihkan jiwa dan juga melapangkan hati. Dengan sentiasa mengingati Allah jiwa akan berasa sangat tenang. Selain berzikir, membaca Al-Quran juga dapat meredakan tekanan yang dialami.

Menyalurkan stress kepada cara yang positif dapat merawat kesihatan fizikal dan emosi. Emosi yang tenang dan gembira akan melahirkan bayi yang tenang dan kurang meragam kerana sikap ibu ketika hamil sedikit sebanyak akan mempengaruhi keperibadian bayi itu kelak. Oleh sebab itu emosi ketika hamil sangat-sangat perlu di jaga agar tidak memberi pengaruh buruk kepada keperibadian bayi

Pengambilan makanan berkhasiat dan juga vitamin sangat penting ketika hamil supaya badan dapat memberi keperluan nutrien yang baik dan mencukupi kepada bayi yang dikandung.

Vitamin yang penting ketika hamil adalah Vitamin B complex, Vitamin C, Vitamin untuk tambah darah (Vita-Lea). Vitamin Shaklee dapat memberi keperluan vitamin yang diperlukan oleh ibu hamil. Ibu-ibu boleh klik vitamin ketika mengandung untuk pembacaan lanjut. Dalam set vitamin untuk ibu hamil ini terdapat vitamin yang dapat mengurangkan rasa tekanan iaitu vitamin B complex juga dikenali sebagai vitamin anti stress.

Diharap dengan perkongsian kali ini dapat membantu ibu-ibu hamil mengatasi stress yang dialami dengan lebih baik agar tidak mempengaruhi bayi di dalam kandungan. Alamilah fasa yang menggembirakan sepanjang 9 bulan 10 hari dengan hati yang tenang. Saya juga mendoakan agar ibu dapat melahirkan bayi dalam kandungan dengan selamat.
Ibu-ibu juga dijemput untuk membaca petua mudah bersalin yang saya sendiri alami ketika melahirkan anak saya pada Julai tahun lalu.

Satu lagi masalah BESAR yang sering ibu hamil hadapi adalah ANEMIA ketika hamil. Betul tak? Asyik kena marah dengan nurse sebab Hb rendah. Asyik kena makan ubat tambah darah yang tak sedap tu. Setiap kali nak kena pegi cek up mesti stress. Huhuhuh saya pun alamai masalah yang sama masa mengandung.

Jadi saya nak share video apa yang ibu hamil ni buat sampai Hb dia naik mencanak… Cer klik untuk tengok video tu.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil – Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Selamat mencuba :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge