Cara Buat Bubur Bayi Dengan Cepat, Mudah dan Berkhasiat

Seperti sedia maklum jika nak rebus beras untuk buat bubur bayi mengambil masa yang agak lama juga untuk empuk dan lembut seperti yang dikehendaki. Saya ada 1 cara buat bubur bayi dengan cepat, mudah, pantas dan berkhasiat.

Saya mendapat idea ni masa anak yang kedua, masa tu saya ternampak bubur beras segera bayi yang hanya perlu tuang air panas sahaja. Kemudian baru terlintas kenapa la aku tak mesin sahaja butir-butir beras tu menjadi hancur dan halus macam bubur beras segera tu. Kan menjimatkan masa dari dok menunggu beras tu empuk dan lembut.

Setelah anak 4 orang baru terfikir nak berkongsi teknik ini dengan korang semua. Sorry ye korang lambat sikit nak sharing teknik ni hihihi.. Lagi pun masa tu tak wujud lagi pun blog ni.

Seperti yang kita ketahui bayi yang berumur 6 bulan sudah boleh makan, tapi makan bubur yang ditapis dan tidak bergaram. Jangan pula bila masak bubur korang letak garam ye, konon nak bagi sedap. Tolong ye jangan letak garam. Bayi yang kurang dari 1 tahun tak boleh makan makanan bergaram, tak elok untuk buah pinggang mereka.

Teknik memang mudah dan senang sahaja. Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Ambil 1 cawan beras, basuh bersih-bersih beras tu dan tos sehingga kering.

2.Apabila dah tersejat air basuhan tu, sediakan kuali dan salaikan/goreng kering beras tu sehingga air kering dan beras menjadi kering.

Cara Buat Bubur Bayi Dengan Cepat, Mudah, Pantas dan Berkhasiat

Goreng kering beras yang telah dibasuh dan ditos

3. Kemudian sejukkan beras yang telah disalai tu, setelah sejuk mesin beras tu sehingga halus dan menjadi serbuk.

Cara Buat Bubur Bayi Dengan Cepat, Mudah, Pantas dan Berkhasiat

Beras yang telah siap di mesin halus

4. Setelah habis dimesin semua beras tu bolehlah simpan ke dalam bekas kedap udara.

Cara Buat Bubur Bayi Dengan Cepat, Mudah, Pantas dan Berkhasiat

Beras yang telah siap di mesin dan di simpan di dalam bekas kedap udara.

*kuantiti beras tu terpulanglah kepada korang nak buat banyak mana. Saya lebih suka buat sikit-sikit sebab nak pastikan beras tu sentiasa fresh. Jika korang nak buat stok beras banyak-banyak pun boleh, tapi kena masukkan dalam peti ais untuk menjaga kesegaran beras tu.

Jadi bila korang nak masak bubur untuk bayi, ambil lebih kurang 1 sudu besar dan rebus dengan air seperti biasa hingga kering. Air tak perlu banyak ye, agak-agak je. Kalo banyak lama pula nak kena tunggu kering.  Masa yang diambil untuk beras tu masak dan lembut sekejap sahaja kerana beras tu dan halus. Korang boleh masukkan daging, ikan, ayam dan sayur-sayuran serta minyak zaiton atau minyak jagung seperti biasa untuk menambahkan khasiat bubur bayi korang.

Bila dah siap masak, tapis dan dilenyek-lenyek la seperti biasa untuk pastikan semua bubur tadi halus dan lembut. Boleh juga diblend untuk mendapat tekstur yang halus macam puree. Bukan apa takut tersesat butir beras yang tak halus, nanti terlekat pula.

Cara Buat Bubur Bayi Dengan Cepat, Mudah, Pantas dan Berkhasiat

Hasil bubur yang siap dimasak

 

Cara Buat Bubur Bayi Dengan Cepat, Mudah, Pantas dan Berkhasiat

Bubur yang telah ditapis

Saya selalu sediakan bubur bayi saya sambil-sambil saya cuci pinggan mangkuk kat dapur ja. Habis cuci pinggan, bubur bayi pun siap.

Cara Buat Bubur Bayi Dengan Cepat, Mudah, Pantas dan Berkhasiat

yeyyy tiba masa untuk makan

Tak perlu masak lama-lama dan sangat menjimatkan masa. Nak sediakan pun cepat dan pantas. Tak perlu masak dalam slow cooker sebelum tidur malam pun. Bangun pagi-pagi sambil buat sarapan pun sempat siap bubur bayi ni.

Jadi jika selama ni rasa lambat nak merebus bubur bayi tu, cubalah teknik yang senang, mudah dan ringkas ini. Sehari korang nak masak 3x sehari pun boleh. Bayi akan sentiasa makan bubur yang fresh dan suam-suam.

Selamat mencuba ye!

Jom tengok video Ibu Muda ni… katanya dah serik nak beranak lagi. Apa yang membuatkan dia nekad dan serik gila nak beranak lagi? macam seramm jee….
Tapi itu dulu la..

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

39 thoughts on “Cara Buat Bubur Bayi Dengan Cepat, Mudah dan Berkhasiat

      • As salam… Klau utk bayi 6bulan, lepas rebus ayam ngan beras perlu blend ke utk jadikan macam puree? Sbb bayi blom dpt makan solid sgt mcm daging ayam kan? And lagi satu, pas dah blend macam puree bubur boleh dibekukan dalam tupperware x macam kita buat puree sayur/buah?

  1. Wahhh idea yg bernas..selalu sye masak bubur lme smpai bby xsabar nk makn..kdang2 smpai bgi nestum dlu nk tunggu bubur masak..tq sis ! ?..

  2. salam…sy nk.tnya…klau sya sa blend beras tu….sya msak dlm 5sudu beras blend tu brsamman dgn bpe ya air tu…bby da 8m…tp x mo mkn…

    • wasalam.. jika 5 sudu beras tu macam agak banyak sis Fyfy Qaleesya jika untuk baby 8 bulan. anak saya sekarang pun 8 bulan saya just masak 2 sudu makan ja untuk 2x mkn. itu pun kadang habis kadang x hbs..
      jika 2 sudu tu sy letak dalm 1 cawan setengah air..

  3. Salam..macammana kalau masukkan lobak dan kentang ye? sempat empuk tak? atau kena lebihkan air untuk bagi lobak dan kentang tu betul2 empuk? tq sis

    • Wsalam.. boleh masak lobak dan kentang bg empuk dahulu.. potong kecil supaya cepat empuk. Macam saya pula saya parut dan terus rebus dgn beras tu..
      Bila parut texture dah halus dan senang empuk.

  4. Puan, saya tanya lain ni…kalau anak berumur 9 bulan boleh bagi bubur nasi knorr yg beli di kedai tu masak cuma simpan air panas je ke?

  5. Salaam sis ☺️ Tqsm for sharing ni.. Mmg cara yg paling efficient. Dulu pernah buat for first baby tapi blender kering tercalar calar bahagian dalam akibat grind beras jadi serbuk. Grinder ape sis guna? Ada cara lain untuk serbukkan beras kering? Tq sgt in advance! 👍🏼

  6. Bubur tu nanti bole x campur dgn puree buah or sayur yg dah bekukan. Contoh masukkan 1 ketul puree epal dan 1 ketul puree carrot dalam satu sesi masak bubur. Sbb anak sy mcm x nak mkn bubur yg letak ayam. Anak sy 6 bulan 3 minggu

    • Puree tu mmg ready utk makan atau perlu di masak dulu?
      Jika dah ready utk di makan boleh tmbah selepas msk bubur sbb nnt bila masak lg puree tu hilang pula khasiat puree tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge