Cara Hilangkan Ketagihan Merokok Paling Berkesan

Terdapat beberapa faktor sesorang itu merokok. Antara faktor-faktornya adalah pengaruh rakan sebaya, tekanan, sebagai simbol status seperti tak macho kalo merokok, bukan lelaki la jika tak merokok. Selain itu adalah pengaruh sosial dan juga media.

Cara Hilangkan Ketagihan Merokok Paling BerkesanCuba tengok gambar statistik di atas. Amat menggerunkan kerana hampir 1 daripada 2 orang dewasa merupakan perokok. Hidup kita sekarang ini dikelilingi oleh perokok, pandang kiri jumpa perokok, pandang kanan jumpa perokok. Betapa kritikal dah statistik ini. Itu belum perokok dikalangn remaja dan kanan-kanak lagi. Nauzubillah..

Secara ringkasnya tabiat merokok telah mengundang pelbagai penyakit kronik. Ia bukan sahaja membahayakan perokok malah orang-orang sekeliling termasuk ahli keluarga. Kesan kesihatan badan yang terganggu adalah seperti:

– kesan terhadap sistem pernafasan, paru-paru dan trakea
– tekanan darah dan denyutan jantung meningkat
– melemahkan sistem imun
– menjejaskan sistem pembiakkan lelaki
– menjejaskan kesuburan wanita, kitaran haid terganggu
– kanser serviks, monopause awal

Terdapat beberapa tanda yang jelas kelihatan apabila seseorang sudah ketagih merokok.

1. Anda tidak dapat berhenti merokok walaupun telah mencuba pelbagai cara untuk berhenti.
2. Anda akan pastikan bekalan rokok sentiasa ada.
3. Apabila anda berhenti merokok, anda akan mengalami simptom nikotin withdrawal seperti bimbang, resah,gelisah tanpa sebab. Kesukaran untuk menumpukan perhatian, tertekan, rasa marah dan lapar.
4. Jika anda sakit anda tetap akan merokok. Malah anda tetap teruskan merokok walaupun mengalami masalah paru-paru atau jantung.
5. Anda sanggup kurangkan aktiviti rekreasi kerana ingin merokok.
6. Sanggup tidak menghadiri ke restauran atau majlis serta sesuatu tempat yang melarang merokok atau perlu bebas dari asap rokok.
7. Menjauhkan diri dengan rakan-rakan yang tidak merokok malah lebih selesa dan suka bersama-sama dengan rakan yang merokok.
8. Sering berasa stress atau rimas apabila ada yang menegur tabiat merokok anda, malah terasa lebih tercabar dan menyebabkan anda terus merokok lebih banyak.

Ingatlah wahai perokok, anda bukan sahaja membahayakan diri anda sendiri malah insan-insan tersayang anda. Merokok ini diibaratkan seperti menempah maut sebelum ajal, badan sihat walafiat tetapi sengaja mencari penyakit. Sebab itulah merokok adalah HARAM di sisi Islam kerana memudaratkan kesihatan. Tetapi disebabkan ketagihan soal haram di tolak ketepi.

Anda jangan risau wahai perokok-perokok sekalian kerana terdapat pelbagai cara yang boleh di lakukan untuk mengurangkan ketagihan malah boleh menghilangkan terus rasa ketagih itu. Nak tahu? saya akan kongsikan di sini.

Terdapat lebih kurang 15 bahan yang boleh anda cuba di rumah untuk mengurangkan rasa ketagihan itu.
Cara Hilangkan Ketagihan Merokok Paling Berkesan1. OATS
Oats merupakan sejenis makanan yang dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan dan mengurangkan keinginan untuk merokok serta mengurangkan simptom withdrawal. Caranya adalah ambil 1 sudu besar oat dan dicampur ke dalam 2 cawan air masak. Rendam semalaman dan rebus pada keesokkan harinya kira-kira 10 minit. Makan oat tersebut setiap kali selepas makan.

2. AIR
Air merupakan egen detoks yang mudah didapati, air akan membantu dalam detoksifikasi badan. Setiap kali rasa ingin merokok minumlah segelas air. Ia bukan sahaja boleh membantu mengurangkan keinginan malah mengurangkan simptom withdrawal.

3. SERBUK CILI MERAH
Cili merah juga merupakan salah satu ubat semulajadi untuk berhenti merokok. Caranya adalah dengan mencampurkan beberapa cubit serbuk cili merah ke dalam segelas air.  Cili merah membantu dalam menyahsensiviti sistem pernafasan untuk semua perkara yang melibatkan ketagihan. Ia juga mampu mengurangkan ketagihan merokok.

4. HALIA
Salah satu simptom withdrawal merokok adalah loya. Halia didapati dapat mengurangkan rasa loya, minum air yang dicampur dengan jus halia.

5. BUNGA LOBELIA
Bunga lobelia membantu mengatasi gejala seperti loya, lapar dan kurang rasa tumpuan.

6. MULTIVITAMIN
Merokok menyebabkan badan kita kekurangan vitamin yang penting dalam badan. Vitamin A, C dan E dapat menampung semula kekurangan vitamin itu malah boleh menangani  simptom withdrawal. Vitamin A mampu mengurangkan mukus, vitamin E mampu membaiki sel-sel yang rosak akibat merokok dan vitamin C adalah untuk meningkatkan sistem imun badan.

7. RADISH
Sejenis lobak yang dipercayai dapat membantu untuk berhenti merokok. Parut lobak atau mesin dan ambil jusnya. Campurkan bersama madu dan minum sekurang-kurangnya 2 gelas sehari.

8. LICORICE STICK
Sejenis herba yang dapat mengurangkan rasa keinginan untuk merokok. Kunyah licorice stick setiap kali anda berasa ingin merokok.

9. EKSTRAK BIJI ANGGUR
Pengambilan ekstrak biji anggur dapat membaiki kerosakan paru-paru yang disebabkan oleh tabiat merokok.

10. JUS ANGGUR
Kandungan asid dalam jus anggur dapat membantu menyingkirkan nikotin. Jadikan amalan meminum jus anggur setiap hari akan memudahkan anda mengurangkan ketgihan merokok.

11. HERBA WORT ST JOHN
Dalam kajian mengambil 450mg kapsul wort st john dua kali sehari dapat membantu mengurangkan tabiat merokok.

12. HYSSOP
Sejenis herba yang di percayai dapat mengurangkan simptom withdrawal seperti perasaan reah dan dapat membersihkan paru-paru.

13. GINSENG
Campukan sesudu teh serbuk ginseng dalam sarapan pagi untuk membantu mengurangkan keinginan merokok. Ginseng adalah satu ubatan yang berkesan untuk menghalang pembebasan dopamin, salah satu komponen utama yang terdapat dalam nikotin.

14. VELARIAN
Sejenis herba yang terbaik dapat membantu meringankan simptom withdrawal seperti keresahan, insomnia, tekanan, kebimbangan dan kegelisahan.

15. MADU
Madu merupakan sejenis manisan yang dapat membantu untuk berhenti merokok. Terdapat vitamin, enzim dan protein dalam madu yang mampu mengurangkan tabiat merokok dengan mudah.

Antara 15 cara di atas tu anda boleh cuba mana yang sesuai untuk anda dalam mengurangkan ketagihan merokok. Selain daripada cara di atas terdapat lagi 1 cara hilangkan ketagihan merokok paling berkesan iaitu dengan mengambil vivix shaklee. Vivix shaklee juga didapati dapat membantu dalam mengatasi masalah ketagihan merokok malah ada pengguna vivix yang boleh berhenti terus dari tabiat merokok mereka. Anda boleh klik sini untuk membaca pengalaman yang dikongsi oleh perokok-perokok tegar yang berjaya kurangkan ketagihan merokok mereka.

Anda dah baca pengalaman yang telah dikongsikan oleh perokok-perokok tegar tu? Jadi anda ingin menjadi seperti mereka? Mereka dapat mengurangkan ketagihan merokok dengan mudah sekali dengan mengambil vivix. Kesan seawal bebrapa minggu sahaja.

Cara Hilangkan Ketagihan Merokok Paling Berkesan
Tak perlu fikir panjang lagi , jom bertindak sekarang dengan menghubungi saya di 012 502 7002 untuk mendapatkan vivix. Pasti berbaloi dan berpuas hati dengan tindakan anda sekarang. Mesti anda akan berasa kenapalah lewat sangat aku jumpa dengan vivix ni… Jika jumpa lebih awal pasti dah lama aku dapat berhenti merokok. Tak pa jangan risau, masih belum terlambat. Bak kata pepatah english ‘Better late than never’.

 

8 thoughts on “Cara Hilangkan Ketagihan Merokok Paling Berkesan

  1. Ramai lelaki yang ketagih merokok, tetapi di antara mereka tu terlalu ambil ringan soal nak berhenti merokok seolah2 bagi mereka rokok tu dah macam darah daging mereka. Memang agak susah nak menyedarkan golongan perokok tegar ni. Ada cara nak bagi mereka buat seperti mana tips2 kat atas itu iaitu dengan mengubah mentaliti perokok tegar agar percaya bahawa merokok adalah bahaya yg boleh membawa maut dan beri mereka zat makanan di atas dalam makanan yg kebiasaan mereka makan.
    Keratan Komik recently posted…Teknik Belajar Yang Berkesan Untuk PeperiksaanMy Profile

  2. Salam. saya Nurul Asyahiqin Natasha yang mengendalikan Klinik Berhenti Merokok di Sektor Kerajaan.. Saya ada sedikit persoalan atau sharing informasi kepada Puan Admin.. Apakah informasi yang dikongsikan didapat melalui mana- mana rujukan yangh disyorkan?. Saya ingin membuatkan kajian mengenai Tingkah Laku seorang perokok iaitu pengambilan makanan yang sesuai dan boleh digantikan untuk Langkah 10M dalam waktu abstinence. Tapi ada sedikit kecurigaan terdapat informasi di atas yang sepatutnya di share di atas secara jujur. Tapi saya dapati…. agak mengecewakan tahniah sbb share produk baik tapi mohon dengan yang betul info apalagi melibatkan isu besar seperti tabiat rokok yang diluar sana menanti info yang boleh diamalkan.. wallahualam

  3. Aslam saya azim saye nak tanye kalau merokok paru2 akan hitam kan kalau sudah berhenti merokok ade kah paru2 kembali seperti asal

    • wsalam. ya paru-paru akan kembali kepada asal, tetapi akan ambil masa sedikit untuk badan lakukan proses penyembuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge