Cara Merawat Demam Denggi Supaya Tidak Berulang

Saban hari kes denggi yang dilaporkan semakin meningkat. Demam denggi merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia. Ia merupakan masalah kesihatan yang besar pada masa ini. Terdapat pelbagai cara merawat demam denggi. Saya akan berkongsi cara merawat demam denggi secara semulajadi supaya tidak berulang.

Cara Merawat Demam Denggi Supaya Tidak BerulangVirus denggi adalah bawaan nyamuk aedes betina yang akan menyerang mangsa pada awal pagi dan juga petang.

Cara Merawat Demam Denggi Supaya Tidak Berulang

Antara symptom-symptom demam denggi adalah sepertu berikut:

Cara Merawat Demam Denggi Supaya Tidak BerulangTerdapat 4 jenis demam denggi yang perlu kita tahu iaitu:

1. Demam denggi biasa – Demam denggi jenis ini merupakan yang paling kerap berlaku dengan simptom demam seakan-akan selesema dan bertahan selama satu hingga dua hari sahaja. Pesakit juga tidak mengalami tanda-tanda lain seperti demam denggi klasik dan kebiasaannya pesakit sendiri tidak mengetahui dirinya dijangkiti virus denggi.

2. Demam denggi klasik – pesakit akan mengalami demam yang tinggi secara tiba-tiba, dengan suhu badan boleh mencecah 40°C. Pesakit juga akan berasa:
– sakit serta sengal pada sendi di seluruh badan
– sakit kepala dan sakit di dalam bebola mata.
– Rasa mual, muntah- muntah,
– pedih ulu hati
– senak perut
– hilang selera makan
– cirit birit
Pesakit juga akan mengalami ruam kemerahan dan gatal-gatal yang mula timbul pada hari ketiga atau keempat selepas mula demam.

3. Demam Denggi Berdarah (DDB) – Demam denggi paling digeruni tetapi jarang berlaku dan hanya 5% daripada pesakit DDB yang meninggal dunia. Malangnya, ia juga lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan golongan muda akibat jangkitan berulang virus denggi dari jenis yang berbeza. Pesakit biasa mendapat DDB antara hari ke-3 hingga ke-7 demam, bermula dengan:
– tanda pendarahan pada gusi, hidung, mata
– kencing berdarah
– najis berdarah (hitam seperti tar jalan)
– muntah atau batuk berdarah
– pendarahan pada kulit (bintik hitam atau lebam)
– Pesakit juga mungkin mengalami pendarahan dalaman dengan tanda takungan darah dalam abdomen atau lapisan pleura paru-paru. Ini berlaku akibat saluran darah yang lusuh (darah keluar ke tisu, pleura dan abdomen), menyebabkan kepekatan darah meningkat. Selain itu, saluran darah kecil yang pecah dan kandungan platelet menurun juga boleh menyebabkan perdarahan, sama ada yang ringan atau berat.

Semua pesakit denggi berpotensi mendapat DDB walaupun jika dijaga dengan rapi berikutan tindakbalas antibodi badan.

4. Sindrom Kerenjatan Denggi (DSS) – Demam denggi ini sebenarnya yang paling bahaya dengan kadar kematian yang amat tinggi akibat renjatan (shock) hasil kehilangan cecair darah, pendarahan dalam organ seperti paru-paru, perut dan kulit. Badan pesakit dengan DSS biasanya kelihatan seperti mengembang, dengan tanda-tanda DDB yang disertai tekanan darah yang jatuh mendadak.

Semua simptom DSS boleh muncul selepas 3 hingga 6 hari demam bermula:
– Suhu badan pesakit akan berubah dengan tiba-tiba, dari amat panas kepada suhu bawah normal
– bacaan platelet jatuh mendadak
– tekanan darah amat rendah sehinggakan gagal mendapatkan bacaan
– Sakit tulang atau tulang belakang yang dirasakan seperti hendak meletup.

Antara petanda awal DDB mungkin berkembang kepada DSS adalah:
– Sakit perut (abdomen) yang teramat sangat dan berpanjangan, muntah berterusan.
– Perubahan suhu badan secara tiba-tiba dari demam kepada hipotermia, disertai peluh dan kelesuan, rasa gelisah dan cemas.
– Jangkitan pada otak dan saraf pula boleh menyebabkan gangguan tahap kesedaran, sawan, lumpuh dan kekejangan leher.
– Jangkitan hati pula akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kanan perut (bengkak hati) dan mata kuning. Jantung dan paru-paru juga boleh dijangkiti.

Sumber Artikel Penuh Jenis-jenis Demam Denggi klik sini.

Terdapat pelbagai ikhtiar untuk merawat demam denggi. Antaranya adalah minum air daun betik dan juga sup ketam.

Cara buat air/jus daun betik:

– Ambil 2 helai daun betik segar yang baru dipetik.
– Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan carikkan bahagian daun sahaja.
– Basuh daun betik dengan bersih, kemudian tumbukkan daun tersebut sehingga lumat/berair.
– Perahkan jus daun betik yang telah ditumbuk tadi sehingga dapat sekurang-kurangnya 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik.
– Jangan masak/didihkan/larutkan dengan air jus tersebut ye.

*** Minum 2 kali sehari (pagi dan petang) sebanyak 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Pastikan setiap kali nak minum baru buat jus tersebut. Jangan minum air selepas minum ekstrak daun betik tersebut. Rasanya sangat pahit, namun kebiasaannya yang pahit itulah penawar.

Selain minum jus daun betik dan sup ketam, terdapat 1 lagi cara semulajadi untuk merawat demam denggi supaya tidak berulang. Berikut merupakan ikhtiar yang boleh kita cuba.

Menurut Pakar Nutrisi Shaklee, Puan Siti Sarah supplement yang dicadangkan ini akan membantu meningkatkan imunisasi badan, mengekalkan cecair dalam badan serta membantu membina sel darah merah. Puan Siti Sarah juga memberi beberapa tips penting yang boleh diikuti semasa mengalami demam denggi. Nak tahu apa tips-tips penting dan supplement yang dicadangkan Pakar Nutrisi Shaklee boleh klik video di bawah.

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu… from iReach HD on Vimeo.

Supplement Shaklee yang di cadangkan adalah seperti:

Performance drink – meningkatkan daya ketahanan badan, mencegah dari dehidrasi (kekurangan air dalam badan), menggantikan iar yang hilang dalam badan, mengandungi ion/elektrolit dalam mengimbangi air dalam badan,  mengekalkan pasar gula untuk memberi tenaga.

Sustained Release Vitamin C – meningkatkan sistem imun dengan membina sel darah merah, membantu sel darah putih menentang bakteria dan virus serta mengukuhkan sistem imunisasi badan.

ESP– membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.

Nutriferon – mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari, mampu meransang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh mikrob dan virus.

Cara Merawat Demam Denggi Supaya Tidak Berulang

Jadi untuk mengelak dari mendapat demam denggi lebih bagus amalkan mengambil vitamin-vitamin ini dari sekarang. Mencegah itu lebih baik dri mengubati.

Sekiranya terdapat ahli keluarga, rakan-rakan serta saudara terdekat yang mengalami demam denggi eloklah memberi vitamin-vitamin ini kepada mereka supaya dapat membantu merawat demam denggi agar tidak berulang. Apa-apa pun usaha dan ikhtiar yang dilakukan perlulah disertakan dengan berdoa kepada-Nya kerana kesembuhan itu datang dari-Nya.

Ingin tahu lebih lanjut boleh segera hubungi saya di 012 502 7002 (call/watsapp/sms/telegram). Saya akan membantu anda dalam menyelesaikan kebuntuan dalam ikhtiar merawat demam denggi Insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge