Cepat Letih Ketika Hamil, Apa Nak Buat?

Rata-rata ibu hamil kerap dan cepat letih ketika hamil. Ada ibu yg pada waktu pagi sangat cergas, tapi apabila waktu petang terasa letih sangat. Keletihan ini memang synonim kepada ibu hamil. Kenapa ibu hamil sering letih. Apa nak buat untuk kekal cergas sepanjang hari?

Cepat Letih Ketika Hamil, Apa Nak Buat?
Kenapa cepat letih? Apakah punca keletihan ketika hamil?

1. Di awal trismester pertaman badan akan bekerja lebih keras kerana badan sedang membuat uri untuk bayi dalam rahim kita. Proses ini akan berakhir pada pada trimester pertama.

2. Badan perlu bekerja lebih untuk menyediakan nutrient kepada 2 orang.

3. Banyak tenaga diperlukan untuk bergerak akibat pertambahan berat badan.

4. Perubahan hormon yng ketara. Tahap hormon dan metabolisma perubah dengan cepat, tetapi tahap gula dan tekanan darah akan menurun.. Oleh itu ibu akan cepat berasa letih.

5. Selain itu ditambah pula denagn rasa loya-loya, muntah-muntah dan pening. Ini juga merupakan symtom perubahan hormon dalam badan. Jadi ini juga menjadi penyebab ibu hamii bertambah letih. Ketika ini ibu hamil perlu minum lebih banyak air untuk elak daripada dehidrasi akibat muntah.

6. Symtom-symtom ini akan berakhir apabila kandungan memcecah 12 minggu dan ke atas.

Apa nak buat untuk kurangkan rasa letih?

1. Banyakkan rehat seperti cuba untuk tidur sebentar pada waktu siang. Pada waktu malam pula cuba untuk tidur lebih awal.

2. Jika ibu menpunya anak lain, tinggalkan anak-anak kepada penjaga buat sementara agar ibu dapat berehat/tidur sebentar.

3. Pastikan ibu-ibu mengambil makanan yang berkhasiat seperti banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, susu rendah lemak, daging serta sumber karbohidrat seperti nasi, roti dan mee.
Elakkan/ kurangkan daripada makan makanan ringan dan segera seperti mee segera, keropok, jajan, coklat serta minuman berkafien dan minuman berkarbonate (air gas).

4. Makan dan minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ini secara tak langsung dapat mengurangkan masalah loya dan muntah-muntah. Jika sering muntah akan memudahkan badan dimasuki angin. Dengan makan pada kuantiti yang sedikit dan kerap dapat membantu mengurangkan masalah muntah dan rasa tidak selesa.

5. Ambil supplemen atau makanan tambahan adalah sangat perlu untuk menampung nutrien yang diperlukan badan dan juga bayi dalam kandungan. Antara makanan tambahan yang diperlukan sepanjang kehamilan adalah acid folic, vitamin C serta zat besi untuk memastikan hemoglobin darah berada pada tahap yang optimum. Vitamin ini juga membantu dalam pembentukan sel darah merah. Hemoglobin dalam darah sangat penting sepanjang kehamilan untuk mengelakkan daripada anemia semasa hamil.

Ibu-ibu boleh teruskan pembacaan BAHAYA anemia ketika hamil di sini.

Serta ibu-ibu boleh juga membaca pengalaman saya sendiri yang mengalami anemia semasa hamil. Nak tahu apa yang saya lakukan supaya saya tidak mengalami anemia di kehamilan seterusnya boleh klik sini juga.

Dahulu semasa hamil, saya juga tidak terlepas daripada rasa letih, mabuk, loya dan muntah-muntah ini. Tetapi itu semasa kehamilan saya sebelum saya mengenali vitamin shaklee.
Semasa kehamilan dahulu saya juga ada mengambil vitamin tetapi bukan vitamin shaklee. Apa yang yang dapat saya katakan adalah saya merasa perbezaan ketika mengambil vitamin shaklee dengan mengambil vitamin jenama lain.

Untuk mengetahui pengalaman saya kekal cergas dan bertenaga semasa hamil, ibu-ibu boleh teruskan pembacaan di sini.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu untuk mengatasi masalah keletihan ketika hamil dan dapat menempuh tempoh kehamilan dengan kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge