Isteri Gemuk Punca Sukar Hamil Jadi Penyebab Utama Suami Kahwin Lain

Kerana isteri gemuk punca sukar hamil jadi penyebab utama suami kahwin lain. Sebab sukar hamil sang suami ambil keputusan untuk kahwin lain. Sedihkan?? sob sob sob.. Hal ini terjadi dengan kawan kawan saya sendiri, Dia call menangis tersesak-esak meluahkan perasaan kepada saya.. huhuh tumpang sedih juga dengan sahabat saya ni. Jadi saya nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan diluar sana.

Kawan saya ini baru berusia 33 tahun, sebaya dengan saya. Sudah berkahwin 8 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 7 tahun. Pada mulanya memang hidup rumahtangga mereka ceria, gembira dan sangat murah rezeki. Selepas saja kawin sebulan dia disahkan mengandung, orang kata bunting pelamin… rezeki dia menimang  cahaya mata sangat cepat. Sesetengah pasangan kahwin beberapa bulan baru mengandung. Ada juga yang bertahun-tahun baru dapat anak.

hamil

Entah mana silapnya selepas bersalin dan selesai tempoh berpantang, nafsu makan kawan saya ni membuak-buak, selera makan memang tak boleh nak kawal. Keje nak makan sahaja, pantang tengok makanan semua nak. Satu lagi kawan saya ni memang suka masak dan suka mencuba pelabagai resepi. Ada sahaja resepi baru dia mencubanya. Jadi salah satu sebab jugalah dia suka makan… Dulu masa zaman anak dara berat dia sekitar 55 kilogram. Tapi kini dah bam bam. Bila ditegur dia akan beri alasan suami dia tak kisah, suami dia tak pernah pun tegur dengan pertambahan berat badan dia dan suami dia tetap cintakan dia.obesiti

Pada suatu hari disangka panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari, suami dia bersuara. Sebelum ini suami dia tidak menunjukkan sebarang tingkah laku yang pelik-pelik, tetiba suami dia memberitahu yang dia ingin berkahwin lagi. Bagaikan panahan halilintar menusuk ke lubuk hati. Siapa sangka suami yang baik tetiba menyatakan hasrat berkahwin lagi. Alasan utama yang diberikan suami ialah mahu anak ramai terutamanya lelaki. Masalah kegemukan kawan saya ini telah menghalang usaha dia untuk mengandung lagi. Kegemukan telah menjejaskan kesuburan dan punca sukar hamil lagi.
Menangis air mata darah pun sudah tidak berguna lagi. Akibat suka dan kuat makan serta tidak menjaga berat badan, banyak perkara negatif terpalit kepada kawan saya ini. Bukan kawan saya itu tidak berusaha untuk hamil lagi, sudah puas dia berikhtiar. Cara moden dan alternatif telah diamalkan. Tetapi masalah kegemukan yang melampau menyebabkan dia sukar hamil lagi. Betulkah gemuk punca sukar hamil?Kajian oleh penyelidik dari jabatan Obstetrik, Gibekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerkka Syarikat,Barbara Luke mendapati wanita gemuk berisiko sebanyak 28 peratus berdepan dengan kesukaran mendapatkan zuriat. Dan sekiranya hamil, kandungan mereka tidak akan bertahan sehingga ke peringkat kelahiran.obesiti_lemak

Kesan kegemukan ketika hamil

  • Kegemukan menyebabkan boleh berlaku pelbagai komplikasi ketika mengandung dan bersalin.
  • Ibu hamil berisiko mendapat penyakit darah tinggi dan kencing manis.
  • Kandungan menjadi tidak stabil ketika trimester pertama
  • Kebanyakan ibu hamil yang gemuk bersalin awal dan tidak cukup bulan
  • Berisiko untuk kelahiran bayi pra matang
  • Risiko kecacatan bayi

Berbalik kita kepada cerita kawan saya tadi. Berat dia sekarang ini telah mencecah 95 kilogram dengan tinggi 158cm. Untuk kembali mudah hamil dan memulihkan kesuburan, dia kena menurunkan berat badan di bawah 55 kilogram. Dia perlu turunkan berat badan sebanyak 40kg untuk mendapat peluang mudah hamil lagi seperti mula-mula berkahwin dulu.

Antara persediaan untuk hamil

  • Mesti kurangkan berat badan sebelum kita merancang untuk mengandung. Sekiranya kita merancang untuk hamil dalam masa terdekat, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai berat badan ideal yang boleh dicapai melalui diet seimbang dan senaman.
  • Pantau segala pengambilan kalori dan berat badan. Amalkan diet untuk kurus yang betul. Boleh dapatkan supplement tambahan seperti set kurus dan bakar lemak.
  • Gaya kehidupan juga kena berubah. Kena sentiasa cintakan senaman. Setiap hari wajib buat senaman seperti berjogging, berjalan dan sebagainya bagi mempercepatkan pembakaran lemak dan kalori.
  • Jangan lupa untuk amalkan vitamin untuk menambah kesuburan jika mengalami kitaran haid tidak normal. Sambil mengurangkan berat badan, kita juga kena pastikan kesihatan dalaman dan kesuburan kita sentiasa sihat dan tip-top.
  • Sekiranya sudah disahkan hamil, jangan pula ibu hamil berdiet untuk menguruskan badan pula. Boleh amalkan supplement ibu mengandung yang memberi tenaga dan kalori dan indeks glisemik rendah. Ramai ibu hamil suka mengambil set vitamin untuk ibu hamil Shaklee untuk memberi cukup keperluan nutrisi dan diet yang sihat untuk ibu hamil.
Sebenarnya tidak ada faedahnya berbadan gemuk ni. Mudah mendapat penyakit , susah cari saiz baju, cepat penat dan banyak lagi. Jika kita memang bukan gemuk dari lahir, maka jagalah pemakanan seharian. Berusahalah sedaya upaya untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Jadikan ikhtibar kisah kawan saya ini. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Kita kurus menawan untuk siapa? Untuk pikat suami kita juga kan? Betul tak?Dah jangan sedih-sedih lagi, jom bertindak sekarang supaya cepat dapat selesaikan masalah yang di hadapi..
Kawan-kawan yang ingin mengekalkan atau mengembalikan badan yang kurus, ramping dan slim, bolehlah hubungi saya 012 5027002. Jangan tunggu suami bersuara baru hendak bertindak. Jangan tunggu suami merungut gemuk baru nak terasa hati. Bila dah jadi macam kawan saya ni haaa… menangis tak berlagu la. Tunggu apa lagi? Ambil telefon dan hubungi saya sekarang! Saya ada rahsia untuk dibongkarkan. Kita sama-sama dapatkan berat badan unggul dan sihat. Jom kurus! Kurus, sihat dan fit…Kawan-kawan juga boleh pm saya di FB Maziah Ismail. 

One thought on “Isteri Gemuk Punca Sukar Hamil Jadi Penyebab Utama Suami Kahwin Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge