Makanan yang perlu dielakkan ketika tempoh penyusuan

Sesetengah ibu yang menyusukan bayi mesti risau apabila medapati anak yang menyusu badan sering jatuh sakit atau pun sakit perut. Anda jangan terkejut sekiranya ini adalah berpunca dari pemakanan ibu itu sendiri.

Ibu dan Bayi

Oleh itu dinasihatkan ibu-ibu yang menyusukan anak mestilah mengamalkan pemakanan yang sihat.


Antara makanan yang tidak sesuai diambil oleh ibu yang menyusu adalah seperti berikut:

 

  • mengambil terlalu banyak buah-buahan citrus – seperti limau, lemon, oren kerana boleh menggangu sistem gastro-usus dan sistem penghadaman bayi yang belum matang. Bayi yang sensitif terhadap buah-buahan citrus akan mudah mengalami ruam lampin. oleh itu ibu-ibu dinasihatkan makanlah buah-buahan tropikal, seperti mangga, betik dan jambu.
  • makanan laut yang kandungan merkuri yang tinggi – seperti ikan yu, tenggiri, kerana kandungan merkuri yang tinggi akan menggangu otak dan sistem saraf bayi. Pilihlah makanan laut yang kurang kandungan merkuri seperti udang, ikan salmon, tuna dan ikan air tawar.
  • meminum alcohol – bukan sahaja di larang oleh Islam malah alcohol juga boleh dirembes ke dalam susu ibu.
  • minuman berkafien – minuman berkafien seperti kopi, teh, minuman tenaga, minuman ringan dan minuman bercoklat. ini adalah kerana boleh dirembeskan ke dalam susu ibu dan boleh menyebabkan gangguan pada pola tidur bayi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge