Petua Hilangkan Jeragat @ Bintik-bintik Hitam Di Muka Dengan Cepat

Perasan tak sekiranya seseorang tu mempunyai kulit yang tiada jerawat pasti dia akan mengalami masalah jeragat atau bintik-bintik hitam. Tetapi jika dia mengalami masalah jerawat kulitnya tidak ada jeragat @ bintik -bintik hitam. Nak tahu tak apa petua hilangkan jeragat @ bintik-bintik hitam di muka?

Sebelum saya berkongsi petuanya saya nak kongsi punca kulit naik jeragat @ bintik-bintik hitam tu. Jadi sekiranya kita dah tahu puncanya, kita boleh la hindarkan supaya jeragat tidak menjadi lebih teruk atau berulang kembali.

Punca Jeragat / bintik-bintik hitam

1. Sinaran matahari
Sering terdedah kepada sinaran matahari merupakan punca terjadinya jeragat. Kita boleh atasi dengan menggunakan krim yang mempunya sunblock untuk menghindarkan kulit dari terkena secara terus sinaran matahari (UV).

2. Pil/ubat perancang
Penggunaan ubat perancang menyebabkan hormon dalam badan kita terganggu. Ketidakstabilan hormon merupakan salah satu punca terjadinya jeragat.

3. Penggunaan kosmetik / rawatan kulit yang tidak sesuai dengan kulit
Dengan penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit merupaka salah satu puncanya. Bahan yang digunakan mungkin mempunya bahan kimia yang merbahaya yang boleh menghakis kulit dan menyebabkan kulit kita rosak. Apabila kulit menipis dan rosak maka mudah untuk sinaran UV tembus memasuki lapisan kulit kita.

7 Petua Tradisional untuk hilangkan jeragat

1. Ambil beberapa daun sireh muda, kemudian simpan daun sireh ini di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai daun sireh dan gosokkan di kawasan jeragat. Biar kering sebentar dan bilas dengan air suam.

2. Hampas kelapa selepas diperah santannya jangan dibuang tau. Ambil sedikit hampas kepala tu kemudian gosok-gosok di muka, biar selama 15 min kemudian cuci dengan air suam. selain boleh memudarkan jeragat ia juga boleh menghalus dan menggebukan kulit.

3. Ambil 1 sudu tepung jagung, perahkan sebiji air limau purut atau limau nipis, agak-agak sampai pekat dan boleh di sapu di muka seperti masker. Biar kering seketika dan boleh bilas dengan air suam.

4. Jika makan pisang berangan tu jangan lagi buang kulitnya tu. Sapu-sapu dulu di kawasan yang naik jeragat tu, biar kering sekejap kemudian bilas dengan air.

5. Ambil segenggam beras dan rendamkan seketika, lebih kurang 1 jam macam tu, kemudian tos dan tumbuk bersama-sama kunyit hidup lebih kurang 1 cm sehingga lumat. Kemudian perahkan sebiji limau nipis/purut kedalam beras yang di tumbuk tadi beserta sebiji putih telur.. gaul sebati dan boleh tempek di muka sebagai masker. Biar kering seketika dan boleh bilas dengan air suam.

6. Ambil putih telur dan masukkan tisu ke dalam putih telur tu. Ambil tisu tadi dan tempek dimuka yang ada jeragat tu. Biar kering dan bilas.

7. Tumbuk 1cm kunyit hudup hingga lumat, campurkan sedikit tepung ubi dan juga perahan air limau nipis/purut srta 1 biji putih telur. Gaul sebati dan sapu di muka. Biar lebih kurang 20min kemudian bilas dengan air suam.

Petua yang saya kongsikan di atas merupakan petua tradisional, tapi itu lah kadang-kadang kita ni tak sempat nak buat petua ni dengan kekangan masa dan kesibukan bekerja. Jadi saya akan berkongsi pula petua moden untuk hilangkan jeragat.

Petua moden untuk hilangkan jeragat.

Petua Hilangkan Jeragat @ Bintik-bintik Hitam Di Muka Dengan CepatDah nama pun petua moden, jadi pastinya lebih senang dan mudah. Dengan pengambilan vitamin-vitamin dan juga makanan tambahan berikut dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan masalah jeragat yang dihidapi. Vitamin-vitamin tersebut adalah seperti Vitamin C, Vitamin E dan juga Protein. Jom kita tengok bagaimana vitamin-vitamin ini berfungsi.

Vitamin C
Penting dalam pembentukan kolagen, kolagen mula mnyusut apabila usia menjangkau 25 tahun. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E
Terkenal sebagai vitamin awet muda @ vitamin cantik. Ia juga mampu melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.

Protien
Ianya mampu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru.

Berikut merupakan cadangan vitamin-vitamin shaklee yang boleh diambil untuk mengatasi masalah jeragat yang dihadapi.

Petua Hilangkan Jeragat @ Bintik-bintik Hitam Di Muka Dengan CepatSaya akan berkongsi pengalamaan saya sendiri yang mengalami masalah jeragat@bintik-bintik hitam ini di entry seterusnya. Syukur alhamdulillah dengan mengambil set ini saya dapat mengurang dan memudarkan jeragat di kulit muka saya. Ok saya belanja gambar saya sebelum dan selepas mengambil set jeragat ini.

Petua Hilangkan Jeragat @ Bintik-bintik Hitam Di Muka Dengan CepatNampak tak perbezaan sebelum dan selepas saya menggunakan set jeragat shaklee?
Kulit saya bertambah cerah semulajadi dan kesan jeragat makin pudar.

Selain daripada mengamalkan set jeragat shaklee, saya juga mengambil set penjagaan kulit muka Nutriwhite Shaklee iaitu:

Petua Hilangkan Jeragat @ Bintik-bintik Hitam Di Muka Dengan Cepat
>>Gentle Deep Foaming Cleanser – Bertindak dengan membersih dan menyegarkan kulit, membuang sel-sel kulit mati dan menegangkan. Selain itu ia melembapkan, mencerahkan dan mengimbangkan pigmen.

>>Ultimate Protecting Whitening Lotion – Melindungi daripada kesan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran. Menghilangkan radang kulit, bertindak sebagai pelembap serta mencegah kerosakan kulit kesan dari cahaya matahari.

>>Spot Whitening Treatment – Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat, mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit, menjadikan kulit bertambah halus.

Petua Hilangkan Jeragat @ Bintik-bintik Hitam Di Muka Dengan Cepat
Di bawah saya kongsikan kulit wajah sekarang setelah menggunakan set penjagaan kulit muka Nutriwhite Shaklee

Petua Hilangkan Jeragat @ Bintik-bintik Hitam Di Muka Dengan CepatMasa saya ambil gambar ni saya tidak pakai apa-apa make-up, kulit saya bebas dari sebarang calitan bedak, foundation dan sebagainya serta tidak edit gambar. Kulit bertambah cerah, kesan jeragat makin pudar, licin, flawless dan glowing. Saya suka sangat keaadaan kulit saya sekarang. Set penjaan kulit NutriwhiteShaklee ini memang serasi dengan saya yang tidak suka pakai apa-apa make-up di muka.

Jadi kepada anda yang memang tak suka letak apa-apa make-up di muka sesuai sangatlah anda mencuba set ini. Kulit muka pun rasa ringan sebab Ultimate Protecting Whitening Lotion ni cepat meresap kedalam kulit. Ok saya akan cerita panjang lebar lagi pasal set penjagaan kulit muka Nutriwhite di entry seterusnya. Klik sini ye untuk tahu lebih lanjut mengenai Nutriwhie Spot Whitening Treatment

Nak mencuba set jeragat shaklee serta set penjagaan kulit muka Nutriwhite Shaklee ini dan nak dapatkan hasil seperti saya boleh terus hubungi saya di 012 502 7002. Jeragat ni jika tidak diatasi dari awal nanti akan menjadi lebih teruk, jadi bertindaklah segera.

9 thoughts on “Petua Hilangkan Jeragat @ Bintik-bintik Hitam Di Muka Dengan Cepat

  1. Pingback: Jom cuba petua hilangkan jeragat cara tradisional | Alam Maya Angels

  2. Pingback: Cara Hilangkan Jeragat Yang Degil – DIET DIET SIHAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge