Petua Mudah Bersalin Hanya 1 Kali Teran Tak Perlu Jahit Langsung

Bulan 7 2014 merupakan tempoh bersalin yang paling best saya lalui. Nak tau x kenapa? Ok mai saya cerita sebab apa best. Bulan 7 yang lalu saya telah melahirkan anak saya seberat 3.5kg dengan mudah. SubhanaAllah saya sendiri tak percaya saya berjaya melahirkan baby seberat 3.5kg dengan 1 kali teran sahaja tak perlu jahit.

Tempoh berpantang pun best sbb tak perlu menanggung kesakitan akibat jahitan di bawah. Nak tahu petua mudah bersalin hanya 1 kali teran sahaja tak perlu jahit langsung? Ok saya akan share apa yang saya makan dan apa yang saya buat supaya mudah bersalin hanya 1 kali teran sahaja tak perlu jahit langsung.

Orang kata hamil ni best, ok memang diakui memang best. cuma awal-awal tu saja lah kena tahan alahan jika ada alahan kan? Tapi kalo tak alah lagi best dan saya memang tak alah langsung hamil kali ni. Tetapi yang menggerunkan apabila tempoh kehamilan sudah dipenghujung dan menanti saat kelahiran insan tersayang. Dah tu ibu-ibu mesti mendengar macam-macam cerita ketika menempuh proses bersalin kan?

Ada yang mudah, ada yang susah. Sakit tu memang tak dapat dielakkanlah.. kalo tak sakit tak mencabarlah kan?. Tapi ibu-ibu jangan risau sebab saya ada petua mudah bersalin normal. Air selusuh ke, air akar fatimah ke memang saya tak minum langsung. Tempoh kelahiran pun sekejap sahaja tak sampai 1 jam pun. jam 10.50 mlm masuk labour room, jam 11.20 mcm tu dah selesai semua.. Cepatkan? Alhamdulillah.. Syukur.

Semasa kandungan masuk minggu ke-34 saya telah mengamalkan satu teknik urutan iaitu urutan perineum. pernah dengar tak? Mungkin ada ibu-ibu pernah dengar kan urutan perineum ni? Pada yang pertama kali dengar dan tak tahu apa itu urutan perineum saya akan bagitau macam mana nak buat urutan perineum tu. Urutan perineum ini dapat membantu memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Saya sendiri dah laluinya dan alhamdulillah berkesan untuk saya.

Gambar dibawah menunjukkan cara-cara bagaimana hendak melakukan urutan perineum.

urutan perineum

Kita digalakkan melakukan urutan perineum ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula dari kandungan berusia 34 minggu sehinggalah ke saat kelahiran. Sebelum memulakan urutan ini, pastikan jari kita betul bersih dan kuku mestilah pendek, supaya tidak belaku sebarang luka atau jangkitan. Urutan ini dilakukan dengan menggunakan minyak kepala dara @ minyak zaitun.

Cara-cara urutan perineum:
– pastikan kuku dipotong pendek dan bersih, cuci dahulu tangan denagn sabun dan    bilas hingga bersih.
– gunakan minyak kelapa dara (VCO) @ minyak zaitun.
– letakkan beberapa titis minyak VCO @ zaitun di atas ibu jari.
– duduk dalam keadaan mencangkung @ posisi yang selesa.
– masukkan ibu jari dalam 1 inci kedalam vagina dan urut bahagian seperti di gambar di atas sambil menekan kebawah sedikit.
– tekan otot perineum kebawah dalam bentuk pusingan U selama beberapa minit.
– lakukan setiap hari @ boleh juga selang sehari, insya Allah otot bahagian ini akan menjadi lebih lembut dan elastik serta akan memudahkan baby keluar tanpa koyakan.

Selain itu sepanjang tempoh kehamilan, saya mengamalkan ESP dan ostematrix disamping vitamin-vitamin lain. Dari sebelum hamil lagi saya sudah makan ESP dan ostematrix. ESP dapat membantu memberi tenaga yang segera kepada badan serta nutrien-nutrien yang di perlukan oleh badan. Ibu-ibu boleh klik disini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ESP. 

Ostematrix juga sangat membantu dalam melancarkan proses bersalin kerana kalsium penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi. Pengambilan kalsium yang mencukupi boleh membantu mengelakkan masalah kekejangan/cramp sewaktu proses bersalin. Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.

Alhamdulillah sepanjang mengandung dan sepanjang proses kelahiran anak ke4 ini saya tak mengalami kekejangan otot @ cramp. Tapi masa kelahiran anak ke3 kaki saya cramp masa proses meneran, masya Allah sakit sangat2, nasib baik nurse bantu masa tu.. Ibu-ibu boleh klik disini untuk mengetahui lebih lanjut kebaikan ostematrix.

Selain ESP dan ostematrix, saya juga mengamalkan vitamin-vitamin untuk ibu-ibu hamil seperti Vitamin C, B complex dan Vita lea. Alhamdulillah saya sangat enjoy tempoh kehamilan ini kerana saya sentiasa sihat cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan dan juga mengalami proses kelahiran yang mudah dan pantas…

Kepada ibu-ibu hamil yang nak mudah bersalin hanya 1 kali teran sahaja tak perlu jahit langsung boleh la mencuba petua yang saya kongsikan di atas disamping jangan lupa padaNya, Berdoa banyak-banyak supaya dipermudahkan bersalin dan dapat melahirkan anak yang sihat, serta perbanyakkan berzikir dan membaca Al-Quran, Insya allah..

Ibu-ibu yang nak mencuba vitamin yang saya nyatakan di atas boleh terus hubungi saya 012 502 7002 @ pm saya di FB Maziah Ismail. Terima kasih semua :)

Dengar cerita Ibu kat bawah ni dah serik nak beranak dah. Ish kenapa ibu ni serik nak beranak??? TAPI itu DULU laa… SEKARANG tidak lagi.. Jom tengok apa menyebabkan ibu ni serik nak beranak…

Selamat menonton..

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

21 thoughts on “Petua Mudah Bersalin Hanya 1 Kali Teran Tak Perlu Jahit Langsung

  1. saya dah buat urutan ni sejak 34w,,,skg tgah tgu masa 38w..mintak2 jadi dan dipermudahkan,….mengharap sangat..amin…

  2. salam sis ,sy ada dengar tentang minyak kelapa dara ni, tp tentang urutan tu sy ta pasti pulak bole bg detail ta sbb blur sket hehe

    • wsalam.. sorry Puan Fazilah lambat balas komen puan..
      detail mcm mana tu ye? cara urutan tu seperti yang sy terangkan di blog.
      jika puan nak sy explain detail, puan boleh watsaap saya di 012 502 7002. terima kasih puan

  3. sy baru masuk 24mgu ni tp dh mula risau pasal nak bersalin nanti..rasa mcm terasa lg sakit bersalin anak kedua aritu ( 2 tahun jarak pun takut lg huhu ).. harap2 urutan ni dpt membantu mudahkan proses bila dh nk bersalin nt

    • Insya Allah boleh buat urutan ni bila dah masuk 34w. Boleh juga amalkan makan vco juga ye.
      Semoga puan dapat bersalin dgn selamat dan dipermudahkan oleh Nya.
      Alhamdulillah sy bersalin bulan 11 tahun lepas pun x da koyak dan luka sama mcm bersalin anak ke4 dulu..

  4. thanks to info sis,mudahn2 boleh amalkn nanti,sbb mase bersalin ank no 3 tiada jahitn hanya dua kli teran sambil curi nafas.harap2 ank yg ke 4 cmtulah senang skit berpntang xsabar nk amalkn petua sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge