Rahsia Atasi Letih Ketika Hamil Supaya Tidak Dicop Mengada-ngada

Dahulu semasa hamil, saya juga tidak terlepas daripada rasa letih, mabuk, loya dan muntah-muntah ini. Tetapi itu semasa kehamilan saya sebelum saya mengenali vitamin shaklee. Nak tahu rahsia atasi letih ketika hamil? Saya akan kongsi di sini.

Semasa kehamilan dahulu saya juga ada mengambil vitamin tetapi bukan vitamin shaklee. Apa yang yang dapat saya katakan adalah saya merasa perbezaan ketika mengambil vitamin shaklee dengan mengambil vitamin jenama lain.

Untuk mengatasi keletihan semasa hamil saya telah mula mengambil vitamin shaklee sejak sebelum mengandung. Ketika saya dan suami merancang untuk hamil lagi saya telah mula makan vitamin-vitamin ini dan saya teruskan pengambilan sepanjang kehamilan.

Apa yang saya dapati adalah kehamilan kali ini saya tidak mengalami alahan langsung. Selain itu saya juga tidak terlalu letih seperti kehamilan yang lalu walaupun terpaksa urus anak-anak lain yang lasak membesar. Orang kata bila kita mengandung di usia 30an pasti keletihan akan lebih terasa kerana badan dah tak sekuat dan secergas pada usia 20an. Saya mengandung ketika ini umur saya 33 tahun, tetapi rasa lebih cergas berbanding hamil anak ke3 pada usia 29 tahun.

Nak kata tak letih langsung tu tipulah kan. Tetapi keletihan yang saya alami sepanjang kehamilan ini dapat dikawal. Tidak seperti tempoh kehamilan sebelum ini yang saya rasa asyik nak tidur ja, lepas buat keje sikit mesti letih nak tidur. Buat keje sikit letih, lastly satu kerja pun tak siap. Ambil masa yang lama untuk siapkan kerja sebab banyak tidur hihihi…

Rahsia Atasi Letih Ketika Hamil Supaya Tidak Dicop Mengada-ngadaSejak saya merancang untuk hamil lagi saya mula mengambil B complex, Sustained released vitamin C, ESP dan Ostematrix. 

B complex memang sangat digalakkan ambil sebelum hamil lagi.
Vitamin C pula untuk ketahanan badan kita, ye lah nak hamil kita kenalah jaga kesihatan betul-betulkan.
ESP pula merupakan sumber protien dan juga sumber tenaga. Tenaga segera yang superb. Jika tanpa Esp pasti saya kerap letih seperti sebelum-sebelum ini.
Ostematrix pula untuk sumber kalsium dan untuk elak dari sakit-sakit badan semasa hamil serta kejang otot/tarik mengkarung/cramp.

Apabila saya disahkan hamil saya hanya tambah Vita-lea untuk memastikan hemoglobin darah saya berada pada tahap optimum iaitu 11gm/dl ke atas. Saya sering anemia semasa hamil, jadi dengan mengambil Vita-lea ini Hb saya sepanjang kehamilan pun cantik ja, maintain 11gm/dl ke atas. Paling tinggi Hb saya semasa hamil kali ini adalah 13gm/dl. Pecah rekod Hb saya sebab hamil sebelum ni tak pernah capai 13gm/dl. Buku rekod hamil pun cantik ja tak ada dakwat merah sebab Hb rendah.

Lagi satu masalah yang ibu hamil sering alami adalah cramp/kejang otot/tarik mengkarung. Syukur Alhamdulillah sepanjang kehamilan ini saya langsung tidak mengalami masalha kejang otot kerana saya ambil ostematrix. Ostematrix juga sumber kalsium untuk ibu hamil yang tidak gemar minum susu, termasuklah saya hihih..

Selain elak kejang otot, ostematrix juga sangat membantu dalam proses kelahiran. Ostematrix juga membantu saya dalam mengurangkan kesakitan dan memudahkan proses kelahiran. Kelahiran kali ini amat mudah bagi saya. Dalam masa tak sampai 1 jam sakit contraction saya sudah selesai melahirkan anak saya. Kelahiran yang cukup mudah. Saya ada menceritakan pengalaman saya bersalin tanpa jahitan dengan 1 kali teran di sini.

Alhamdulillah kerana Allah SWT telah mempertemukan saya dengan Shaklee yang telah membuatkan saya mengalami tempoh kehamilan tanpa keletihan dan kelahiran yang mudah dan senang. Semua yang berlaku adalah dengan izinNya, Shaklee adalah asbabnya.

Jadi kepada ibu yang sedang hamil atau sedang merancang untuk hamil sangat-sangat digalakkan untuk mengambil Set Kehamilan Shaklee sejak awal kehamilan. Saya telah mengalami perbezaan kehamilan yang awesome bersama vitamin shaklee. Inilah shaklee effect saya bersama Set Kehamilan Shaklee.

Rata-rata ibu yang telah mencuba set kehamilan shaklee akan meneruskan dengan Set Berpantang Shaklee selepas kelahiran bayi yang ditunggu-tunggu.

Nak tahu pengalaman manis berpantang saya dengan set Berpantang Shaklee boleh klik di sini.

Jadi apa tunggu lagi, jom hubungi saya sekarang 012 502 7002 untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee dan merasai kecergasan sepanjang kehamilan seperti saya. Dapatkan konsultasi yang terbaik daripada saya hanya untuk ibu-ibu yang bertuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge