Resepi Coklat Moist Masak Dalam Masa 30 Minit Sahaja

Saya yakin kek coklat moist merupakan salah satu kek yang menjadi kegemaran kita. Terutamanya anak-anak kecil, termasuklah anak-anak saya. Hari ini saya nak berkongsi resepi coklat moist masak dalam masa 30 minit sahaja.

Selalunya jika kita buat coklat moist samada bakar or kukus pasti ambil masa lebih kurang 1 jam kan? jika bakar pula lebih kurang 45-50 minit juga. Tapi saya ada cara nak bakar coklat moist hanya ambil masa 30 minit sahaja. Kek pula kekal lembap dan sedap.

Caranya mudah sahaja iaitu bakar kek dalam periuk ajaib. Kita pun tahukan bahawa periuk ajaib ni dapat mempercepatkan proses memasak kita, jadi salah satunya adalah masak kek dengan cepat.

Jika anak-anak nak makan kek coklat moist sekejap je dah siap. Cukup semua bahan dan boleh buat. Tak perlu tunggu berjam-jam untuk buat dan masak.

Kek coklat moist yang di bakar di dalam periuk ajaib saya.

Kek coklat moist yang di bakar di dalam periuk ajaib saya.

Maaf lah sebab nampak semua hitam huhuh.. Periuk warna hitam, dapur warna hitam dan kek pun hitam, nasib baik masak kek guna loyang jika tidak kek pun tak nampak. Adunan kek saya masukkan dalam loyang dan terus bakar dalam periuk ajaib. Masa bakar tu tutup tudung periuk rapat-rapat ye. Supaya proses pembakaran berlaku dengan sempurna. Masa yang diambil untuk masa hanya 30 minit sahaja. Guna api kecil sahaja tau, jangan guna api besar nanti kek tak sempat masak dah hangit.

Jimat masa sangat jika masak kek guna periuk ajaib ni. Sebelum ni jika bakar kek ambil masa 1 jam dapat 1 biji kek sahaja, tapi sekarang 1 jam dapat 2 biji kek. Berbaloikan?

Periuk ajaib saya ni jenis yang dalam, tinggi periuk ajaib tu lebih kurang 5 inci dalamnya. Brand periuk saya guna ini HIG ( Haji Ismail Group) beli di Langkawi tahun lepas hihi. Ok kat bawah ni saya kongsikan resepi yang saya guna untuk buat kek coklat moist yang saya masak guna periuk ajaib.

Resepi Coklat Moist Masak Dalam Masa 30 Minit SahajaResepi ini saya dapat dari perkongsian oleh rakan saya di FB.. Resepi yang sangat ringkas dan mudah. Sukatan pula dalam cawan, senang kan? Tips satu ja iaitu guna cawan yang sama apabila buat sukatan. Topping tu pula masukkan dalam periuk dan masak guna kaedah double boil. Oh!! sebelum lupa, sukatan gula castor tu saya hanya sukat 3/4 cawan sahaja sebab nak kurangkan manis.

Selain bakar, resepi kek ini juga boleh dikukus ye. Kukus dalam masa lebih kurang 1 jam.

Saya jika buat kek coklat moist tak guna topping dah. Hidang gitu ja sebab kalo topping bagai nanti anak makan habis comot a.k.a belemoih (bahasa utara). Paham-paham jelah jika anak-anak kecil makan kan.

Nak tahu tak kenapa kadang-kadang bila kita masak kek, tapi kek tak jadi? Ok entry selepas ni insya Allah saya akan berkongsi punca-punca kek tak menjadi, jadi kita dapatlah perbetul mana yang tak kena tu kan.

Alhamdulillah saya dah selesai update entry punca-punca kek tak menjadi, korang boleh klik sini ye

Saya harap dengan perkongsian teknik ini dapat membantu semua masak kek dengan lebih cepat dan mudah. Boleh klik butang share dibawah untuk berkongsi bersama-sama dengan rakan-rakan kita diluar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge