Resepi Tapai Pulut Paling Senang Kompom Jadi

Tapai merupakan makanan kegemaran kebanyakkan rakyat Malaysia. Rasanya yang manis-manis dan sesuai dijadikan pencuci mulut. Tapai terdapat macam-macam jenis seperti tapai pulut, tapai nasi serta tapai ubi kayu.

Saya sekeluarga merupakan pengemar tegar tapai pulut. Jika buat 2 kilo pulut dapat tahan 2 hari sahaja. Lepas tu licin habis tinggal bekas sahaja. Ada orang suka tapai yg kering, maksudnya air tapai tu keluar dari bungkusan tapai. Ada yg suka jenis berair, air tapai ada dalam bungkusan. Kami suka jenis yang berair.

Betul ke buat tapai ni ada banyak pantang larang? Saya pun tak tahu sejauh mana kebenaran tu. Dula saya pun takut nak cuba sebab dengar macam leceh ja nak buat dengan pantang larang bagai.

Satu hari rasa nak cuba juga buat sebab dah teringin sangat nak makan. Tambah pula tempat saya tinggal ni susah nak jumpa tapai yang manis dan sedap seperti saya makan di kampung. Pernah membeli beberapa kali tapi semua tak sedap tawar la, masam la. Jadinya masuk tong sampah.

Tekad mencuba dan alhamdulillah menjadi tapai saya tu. Manis dan sedap. Wahhh puji diri pula, tapi memang betul sedap dan manis. Rupa-rupanya tak da susah mana pun nak buat tapai ni. Bab pantang larang tu saya tak pasti sebab saya buat menjadi ja. Jadi disebabkan tapai yang saya buat menjadi, maka saya nak kongsi resepi tapai pulut paling senang dan kompom jadi. Masa saya cerita di blog saya ni dah tiga kali saya buat dan hasilnya sama. Sedap dan manis. Nak tahu resepinya?

2 kg beras pulut

1 biji ragi (15gm)

Bekas kecil

Cara-caranya:

  1. Masak pulut hingga masak. Sejukkan pulut yang telah masak di atas talam, rata-ratakan pulut tu di atas talam supaya nanti senang nak tabur ragi. (*pastikan pulut betul-betul sejuk ye)
  2. Setelah pulut sejuk, hancurkan ragi dalam mangkuk dan sudukan ragi yang telah hancur ke dalam penapis.
  3. Kemudian ayakkan ragi tu di atas pulut yang telah sejuk tadi. Kemudian kaup balik pulut tadi dan taburkan lagi ragi dan gaul lagi sehingga ragi sekata.
  4. Sudukan pulut ke dalam bekas kecil untuk proses penapaian. Agak-agak ja banyak mana nk letak. Ikut suka.
  5. Kemudian peram tapai dalam bekas yang gelap dan tutup rapat. Peram selama 2 hari 2 malam ye. Selepas peram boleh masukkan tapai ke dalam peti sejuk. Bila dah sejuk boleh la ngappp.

Tak ada petua apa-apa pun. Saya buat sama macam ni. Dahulukan dgn Bismillah ☺

Tapai sedap dimakan sejuk-sejuk, pekena 1 bekas ja tak cukup. Habis 1 bekas mesti nak lagi dan lagi. Maka jadilah berbekas-bekas makan tapai.

Yang warna hijau tu, daun pisang. Saja try balut dengan daun pisang, sebab jika balut dengan daun pisang rasanya lagi sedap. Tu daun pisang berangan, daun tu saja yang ada belakang rumah. Orang kata tak boleh balut dengan sebarangan daun pisang sebab nanti tak jadi, kena balut dengan daun pisang awak saja. Maka try la balut dengan daun pisang berangan sebab nak tahu betul ke tidak. Alhamdulillah jadi elok, ok ja.

Tapai yang telah siap, tunggu nk peram saja

Tapai yang telah siap, tunggu nk peram saja

Resepi Tapai Pulut Paling Senang Kompom Jadi

Haiisshhhh kecuq ayaq liuq la pulak tengok gambaq tapai ni hehehe..

Resepi Tapai Pulut Paling Senang Kompom Jadi

ni rupa ragi yang saya guna

ragi yang saya guna berat dalam 15gm

ragi yang saya guna berat dalam 15gm

Masa buat tapai ni ramai pembantu yang nak tolong, anak4 tersayang. Nampak tak kuasa 4 tu bermakna 4 orang pembantu. Masa buat tu memang riuh rendah sebab ada yang nk tolong susun bekas, ada yang nak tolong tutup, ada yang nak susun dalam bekas peram.

Resepi Tapai Pulut Paling Senang Kompom JadiSaya guna bekas plastik macam di atas tu ja, malas nak balut dengan daun pisang. Lagi pun daun pisang tak ada. Guna bekas ni senang sebab nanti bekas tu boleh guna lagi. Di kampung saya selalu tapai di balut dengan daun pisang dan daun getah. Sebiji orang jual 40sen. Jika daun getah pula 1 ikat ada 3 biji rm1. Isi dalamnya sejemput sahaja, sekali masuk mulut telan habis. Jika buat sendiri puas makan. 2 kg pulut tu dapat dalam 100 bekas plastik ni. Stock untuk 2 hari sahaja, memang dasar hantu tapai hahaha..

Orang kata bila buat tapai kena buat diam-diam dan sunyi, tapi saya buat dalam keadaan yang riuh rendah. Alhamdulillah menjadi tapai tu. Jadi tak tahu la sejauh mana kebenaran pantang larang tu.

Pada yang nak cuba buat silakan. Insya Allah menjadi nanti. Jika ada apa-apa pertanyaan boleh la tanya di ruang komen di bawah ye. Pada yang dah cuba boleh la kongsi hasilnya di sini.

2 thoughts on “Resepi Tapai Pulut Paling Senang Kompom Jadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge