Sakit Kepala Selepas Makan Vitamin, Kenapa Ia Terjadi?

Kenapa sakit kepala selepas makan vitamin? Pastu rasa sengal-sengal dan sakit-sakit badan. Nak bangun pun rasa tak larat. Bukan ke makan vitamin ni untuk bagi rasa lebih kuat dan bertenaga? Tapi ni sebaliknya.. Betul ke tidak vitamin ni.. Haishhh musykil betul.

Sesetengah orang yang pertama kali makan vitamin pasti akan rasa seperti di atas. Tapi tak semua akan rasa macam tu. Ada yang rasa meloya la,  pening dan sebagainya. Ia bergantung pada tindakbalas badan seseorang dan tidak sama antara satu sama lain.

Sakit Kepala Selepas Makan Vitamin, Kenapa Ia Terjadi?Kenapa ia terjadi? Ini dinamakan PROSES PENYEMBUHAN @ Healing Crisis.
Antara aduan yang saya terima daripada customer saya adalah seperti:
– Sakit kepala lepas makan B Complex
– Period terganggu lepas makan GLA Complex
– Lutut bertambah sakit lepas makan Advanced Joint Health Tablet
– Muka naik jerawat lepas makan Vitamin C

Apa itu proses penyembuhan @ healing crisis?

Proses penyembuhan adalah satu proses di mana badan menjalani tempoh pembersihan dan pembinaan semula .Sebahagian daripada proses penyembuhan badan akan mula untuk membuang sisa-sisa toksik yang telah membina di dalam badan anda selama ini . Semasa proses penyingkiran toksik , badan anda akan mengalami beberapa tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini dikenali sebagai proses penyembuhan . Dalam falsafah Perubatan Cina , penyembuhan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan proses penyembuhan.

Gejala-gejala seperti di atas adalah antara contoh berlakunya proses penyembuhan ke atas badan seseorang.

Jom kita tengok apakah sebab dan cara untuk mengatasi proses penyembuhan ini.

1. Muka naik jerawat selepas makan beberapa vitamin.
Punca – stress yang berpanjangan
– sering tidur lewat
– diet tidak betul dan tidak seimbang
– kekurangan nutrisi
Ini terjadi kerana proses DETOX dalam badan sedang berlaku. Proses detox sangat penting untuk menyingkirkan segala toksin-toksin dalam badan. Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai proses detox ini boleh klik sini ye.

2. Demam dan Selesema
Punca- keasidan tinggi dalam badan.
Apa yang perlu dibuat? Banyakkan pengambilan air sekurang-kurangnya 3L sehari, Teruskan pengambilan vitamin. Sekiranya demam berlarutan sila berjumpa doktor.

3. Loya, muntah dan letih
Sympton ini terjadi kerana tindakbalas tubuh kita akibat penerimaan zat makanan setelah sekian lama menimbun toksin dalam badan.
Apa yang perlu dibuat? Banyakkan pengambilan air sekurang-kurangnya 3L sehari, Teruskan pengambilan vitamin.

Berapa lamakan tempoh proses penyembuhan ini?
Ia sebenarnya bergantung pada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sahaja. tetapi ada juga yang mengambil masa berbulan-bulan.

Berikut saya senaraikan serba ringkas antara symptom-symptom proses penyembuhan yang mungkin terjadi:

1. Kelesuan, mengantuk –  Badan berasid, fungsi hati yang lemah, memerlukan rehat yang lebih.
2. Sakit kepala, berat kepala – Tekanan darah tinggi, tanda detoksifikasi.
3. Demam, kegelisahan – Meningkatkan metabolisme , merangsang fungsi imun badan.
4. Cirit-birit, najis berbau , air kencing berbau busuk –  Tanda detoksifikasi, terkumpul buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.
5. Kembung perut , perut bergas – Sistem penghadaman yang lemah.
6. Keluar ruam , kulit gatal , kuat berpeluh, rembesan mukus , kelemumur –  Fungsi hati yang lemah , kesihatan kolon yang lemah dan sistem perkumuhan.
7. Pengeluaran lendir seperti kahak , hidung berair – Fungsi paru-paru yang lemah, penghasilan kahak juga tanda detoksifikasi.
8. Pendarahan hidung– Mungkin tanda anemia.
9. Otot dan sendi yang sakit dan sengal-sengal – Badan berasid , toksin terkumpul di kawasan yang terjejas.
10. Peningkatan rasa sakit di bahagian yang terjejas –  Badan mempercepatkan proses penyembuhan
11. Insomnia atau hiperaktif – lemah sistem saraf
12. Haid yang tidak teratur , perubahan dalam haid , gatal di kemaluan, rembesan lendir meningkat – Ketidakseimbangan hormon, dalam proses seimbangkan hormon.
13. Pendarahan ketika buang air besar –  Mungkin buasir
14. Pening, rasa lapar – Hipoglisemia , anemia.
15. Loya, sembelit – Sistem penghadaman yang lemah, masalah hati.
16. Edema ( kaki bengkak) – masalah buah pinggang

sumber: http://www.greenwellness.my

Oleh itu penting untuk kita mengetahui samada tanda-tanda yang kita alami itu adalah tanda-tanda proses penyembuhan atau tidak. Jadi adalah sangat-sangat digalakkan untuk mendapatkan vitamin daripada pengedar yang sah serta mampu memberi konsultasi yang terbaik. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan setiap pelanggan saya mendapat konsultasi yang terbaik.

Terus hubungi saya di talian 012 502 7002 untuk mendapatkan vitamin yang diperlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge