Supplement yang saya ambil dalam tempoh penyusuan

Alhamdulillah syukur sebab Allah memberi saya peluang menyusu penuh anak ke 3 saya sehingga hari ni. Kiranya inilah tempoh yang paling lama saya menusukan ank saya.

Anak pertama saya (perempuan) dapat menyusu sehingga berumur 1 tahun 3 bln saja. saya stop breast feed (BF) anak pertama saya sbb masa tu saya sedang mengandung ank ke 2. Masa tu susu dah mula kurang dan badan pun terasa lemah. Masa tu x jumpa lg shaklee so x da ambil apa2 supplement pun. Maka berhentilah tempoh penyusuan ank saya yang pertama.

Anak ke dua (lelaki) pula saya hanya dapat menyusu sehingga 8 bulan sahaja sbb susu hanya ada sebelah shj. sgt sedih, dah lelaki yg kita tahu mmg sgt kuat menyusu. jadi saya terpaksa top up dgn susu formula. Bila dah lama2 susu pun makin kurang dan anak saya tu dah x nak menyusu badan. Dia lebih puas menyusu menggunakan botol. Maklum la banyak dan lebih cepat kenyang dan puas. Maka berhentilah tempoh penyusuan ank saya yang ke dua tu.

Anak ke tiga pula (perempuan) dapat menyusu sampai sekarang hampir dua tahun sudah. Disebabkan saya hanya dpt menyusu ank kedua saya hanya 8 bulan jadi ank yg ketiga ni saya jadi sgt bersemangat hendak menyusukan sehingga 2 tahun. Rasa sgt bersalah dan sedih sebab x dapat menyusukan anak kedua dgn lebih lama..
Jadi sejak sepanjang tempoh menyusukan ank saya yang ke 3 ni saya dah mula mengambil supplement untuk menampung keperluan nutrient saya. Saya ambil pil calcium, vit c dan multivitamin.. Tapi bukan shaklee, saya just beli di farmasi shj..
Tapi sejak anak saya dah setahun setengah badan saya rasa lemah, tambah pula anak saya ni kuat menyusu. Asyik nak melekat saja.. Kemuadian baru terlintas di hati nak try ESP dari shaklee tuk tambah tenaga saya. Maklumlah bila usia dah masuk 3 series ni mula rasa lemah sana sini.

Alhamdulillah bila cuba saja ESP dan Meal shakes saya rasa lain macam. Macam dah lupa yang selama ni badan terasa lemah2 dan cepat penat.. Rasa kuat dan bertenaga.

Disamping tu susu badan saya mcm makin pekat sebab anak saya cepat kenyang. Dah makin kerap saya dgr dia sendawa.. Dulu susah sgt nak dgr. Tidur mlm pun dah kurang berjaga sbb perut dah makin kenyang.

                        Ini la rupa ESP dan Meal shakes yg saya ambil untuk memberi tenaga.

  Lepas tu saya add la bbrp vitamin yang lain seperti Ostematrix, chew vit C, vita lea, b comp dan omega guard

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge