Tips Minum Air 3L Paling Sempoi Agar Kulit Cantik


Minum air kosong adalah perkara yang paling senang tapi paling susah jika nak cukupkan keperluan 3L sehari. Setiap 25kg badan manusia memerlukan 1L air setiap hari. Jika berat badan anda 50 kg maka keperluan air anda sehari adalah 2L. Jadi kiralah sendiri keperluan air ikut berat badan masing-masing.

Kali ini saya nak kongsi dengan semua tips minum air 3L paling sempoi agar kulit cantik. Haa jika sebut ja pasal kulit cantik mesti korang tertarikkan? Memang sifat manusia sukakan kecantikan.

Tip ini sesuai untuk di lakukan di rumah. Bagaimana?

Caranya adalah kenal pasti tempat dalam rumah yang paling kita suka lepak. Maksudnya kita boleh habiskan masa berjam-jam di situ. Contoh seperti di ruang tamu, bilik tidur, bilik bacaan dan sebagainya.

Pastikan di setiap tempat yang kita suka lepak tu kita sediakan bekas minuman @ botol minuman. Disiplinkan diri setiap kali nampak botol air tu sila rajinkan diri ambil dan minum. 

Sekarang ni banyak dah jenis botol air yang warna cantik-cantik kan. Brand Tupperware pun cantik-cantik. Saya tak jual tupperware hanya pengguna setia sahaja. Jadi, beli dan letak di setiap ruang dengan botol air masak. Maka tak ada lagi alasan malas nak ke dapur untuk minum. Bila nampak ja botol air tu sila ambil dan minum.

Begini juga la saya amalkan pada keluarga saya, tambahan pula rumah saya 2 tingkat. Jadi jika berada di tingkat atas memang malas dah nak turun minum air di bawah. Saya akan pastikan di setiap ruang di rumah saya akan ada botol air masak. Bukan botol kosong tapi botol yang ada air masak. 

Dengan cara ini saya dapat lihat ahli keluarga saya dapat minum air kosong secukupnya. Anak-anak saya pun suka minum air kosong. Air manis diorang hanya minum waktu pagi ketika sarapan sahaja. Selepas itu dah tak ada air manis, hanya minum air kosong sahaja. 

Banyakkan minum air kosong dan kurangkan minum air manis demi untuk kesihatan. 

Orang kata kalo minim air banyak asyik kena ulang alik buang air. Pada awalnya memang kita akan kerap ke bilik air sebab badan kita baru nak sesuaikan diri dengan pertambahan jumlah air yang kita ambil sehari-hari. Tetapi setelah kita konsistan ambil air 3L sehari, pundi kencing kita akan dapat sesuaikan semula dengan rutin pengambilan air kita tu. Maka tak ada dah istilah kerap ke bilik air.

Jadi pada yang rasa susah sangat nak cukupkan pengambilan air kosong 3L sehari tu boleh la cuba tips ini. Cuba untuk konsistan kerana pasti anda akan suka dengan hasilnya nanti. 

Kulit menjadi cantik dan lembap. Badan kurang toksin serta pembuangan yang lawas. Kesihatan pun bertambah baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge