Zalimkah kita? Akibat Permintaan Susu Lembu Melebihi Pengeluaran.

Bagi haiwan kebiasaannya akan menghasilkan hanya 1 gelen susu setiap hari bagi bayinya. Akibat permintaan susu lembu melebihi pengeluaran maka susu lembu terpaksa ditingkatkan. bukan 1 gelen tetapi 15 gelen untuk sarapan kira-kira 30 keluarga keseluruhan manusia termasuk untuk produk-produk lain termasuk susu formula.

Jumlah melampau hormon dimasukkan ke dalam lembu tenusu dalam usaha untuk memenuhi permintaan orang awam bagi susu, keju, mentega, ais krim, dan lain-lain. Buah dada lembu tenusu akan membengkak luar dari saiz normal, menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan yang teruk sehingga mereka terpaksa berjalan heret diri mereka di atas tanah, yang membawa kepada kudis, serta jangkitan. Zalimkah Kita??

Zalimkah kita? Akibat Permintaan Susu Lembu Melebihi Pengeluaran. lembu2 lembu3

Cuba kita tengok gambar-gambar di atas tu.. Lembu-lembu mengalami pembengkakkan kantung susu yang melampau. Cuba bayangkan kesakitan yang lembu-lembu itu terpaksa tanggung demi kerakusan permintaan susu lembu yang tinggi. Zalim tak??

Kita yang pernah mengalami bengkak susu selepas bersalin pun rasa sangat sakit sampai boleh menyebabkan demam. Ya Allah kesian sangat tengok kan..

Lebih 50 antibiotik yang berbeza digunakan untuk memastikan jangkitan dikawal. Ini kerana lembu tidak biasa menghasilkan begitu banyak susu sekaligus dan apabila terpaksa mengalami ‘bengkak susu’ yang sememangnya mengandungi nanah.

Setiap hidangan tenusu yang manusia minum mengandungi hormon dan antibiotik ini. Satu undang-undang membenarkan sentimeter padu susu mengandungi sehingga hingga 750,000 sel-sel darah/nanah dan 20,000 bakteria hidup. Mereka tidak pernah menyatakan jumlah racun herba, racun perosak dan dioksin yang biasa di tenusu pada sehingga 200 kali apa yang dianggap sebagai tahap selamat. Beberapa hormon yang digunakan untuk mengalakkan pengeluaran susu, seperti insulin bernama Growth Factor One(IFG-1), telah saintifiknya dikaitkan dengan kanser payudara, prostat dan kolon ~ Pasukan AELLA (Alliance for Earth, Life, Liberty & Advocation http://aella.org/ )

Apa yang Kita Perlu Dilakukan?

Jika anda menyusukan bayi anda, anda sedang melakukan yang terbaik buat bayi anda, dan untuk dunia juga sebenarnya. Syabas saya ucapkan. Penyusuan susu ibu adalah sangat mesra alam. Susu formula mencemarkan alam sekitar sebenarnya. Kita perlu bimbang tentang apa yang kita lakukan untuk planet kita, tetapi ini tidak seharusnya membawa kita untuk menggalakkan ibu-ibu untuk memberi susu formula kepada anak-anak kita.

Berikut adalah beberapa contoh toksin di dalam susu formula :

Plumbum & aluminium daripada tempat pemprosesan formula

Formula bercampur dengan air paip yang mengandungi baja nitrat dan pengisi rumpai.

Penyelidik mengkaji tahap penimbunan berlebihan protein AGE (Advanced Glycation End Products) pada bayi, ibu-ibu mereka, dan dalam pelbagai makanan. Mereka mendapati bahawa pada bayi penimbunan berlebihan protein AGE (Advanced Glycation End Products) meningkat sebaik sahaja mereka dicerai susu ibu dan di supplemen dengan susu formula.

Mereka mendapati bahawa kandungan protein AGE (Advanced Glycation End Products) dalam susu ibu dan susu lembu adalah hampir serupa, tetapi susu formula mempunyai sehingga 100 hingga 400 kali tahap protein AGE (Advanced Glycation End Products) daripada susu ibu. Oleh itu, ini susu formula bayi berpotensi boleh menyebabkan kesan yang sangat toksik pada bayi.

Ini mendedahkan secara pramatang kepada beberapa penyakit, termasuk kencing manis. AGE merupakan sebatian pro-radang yang ditemui dalam makanan yang diproses pada suhu haba yang tinggi terutamanya susu formula bayi.

Info ini saya dapat dari perkongsian sahabat saya di FB.

Jadi jom kita sama-sama berusaha menyusukan bayi kita sehingga umur 2 tahun. Susu Ibu merupakan susu paling terbaik yang Allah swt ciptakan untuk anak-anak kita.

Selain itu boleh juga bagi susu kambing, susu badam serta susu santan.

Macam mana nak buat susu badam? sini saya sertakan resepi untuk dikongsi bersama..

resepi susu badam

Cara penyediaan: campurkan 1/4 air kacang badam dan 3/4 susu kambing (Nisbah 1:4) ke dalam botol susu anak. Jangan banyak sangat, nanti lebih rasa kacang dari susu pulak. Kang anak tak suka pula.. Cuba dulu sikit untuk permulaan

Bagus untuk otak anak kita. Selain itu ibu-ibu yang hamil dan menyusu pun digalakkan minum susu ini. Untuk sumber kalsium dan perkembangan otak anak dalam kandungan serta boleh menjadi milk booster kepada ibu yang menyusu.. Boleh letak madu sikit untuk rasa manis/ kurma.. Jika nak letak kurma boleh rendam dulu kurma tu kemudian blend bersama susu tadi supaya kurma tu hancur.. Errmm yummyy !!!

Sebelum itu jom kita tengok video di bawah ni. Kesungguhan dan semangat ibu ini untuk menyusu bayi pramatang beliau.. Apa yang Ibu ini buat?

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya ye 012 502 7002.
Selamat mencuba dan beramal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge